Pilih kurang daripada bilangan dipohon jika ada tapak yang tidak boleh diduduki. Contoh: pilih 2 jika 1 daripada 3 tapak tidak boleh diduduki.
Sila nyatakan sebab permohonan ini ditolak. Sebab ini akan dimaklumkan kepada pemohon melalui e-mel dan dipaparkan dalam laporan mereka.
Mohon tapak pasar malam anda dengan mudah, jejak status permohonan secara dalam talian
dan terima keputusan terus
ke e-mel anda — "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua".
MyTapak membolehkan penjaja mengemukakan permohonan tapak pasar malam yang diselenggara oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) sepenuhnya secara dalam talian. Pengguna perlu mendaftar akaun, melengkapkan maklumat pemohon, memilih pasar malam yang beroperasi serta memuat naik dokumen sokongan. Setiap permohonan akan disemak oleh Pihak MPKK dan keputusan pengesahan akan dimaklumkan melalui e-mel berdaftar pemohon.
Tonton video ringkas ini untuk memahami cara sistem MyTapak berfungsi dan cara menggunakannya.
Pengguna perlu mendaftar akaun sekiranya belum mempunyai akaun, kemudian log masuk ke dalam sistem.
Pengguna hendaklah melengkapkan maklumat pemohon dengan memuat naik kad pengenalan dan gambar sebelum proses pengesahan oleh pihak MPKK.
Setelah akaun disahkan, pengguna boleh menyemak senarai pasar malam yang tersedia dan memilih lokasi yang dikehendaki.
Pengguna perlu mengisi maklumat perniagaan, menetapkan bilangan tapak yang dipohon serta memuat naik gambar lokasi atau peralatan perniagaan.
Sebelum menghantar permohonan, pengguna hendaklah menyemak semula semua maklumat serta bersetuju dengan syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Status permohonan boleh disemak melalui e-mel atau melalui menu laporan tapak dipohon dalam sistem.
Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bertanggungjawab menyelaras, menyelenggara dan mentadbir tapak-tapak pasar malam di sekitar daerah Kulim, Kedah Darul Aman. Sistem MyTapak diperkenalkan bagi mempermudahkan proses permohonan tapak pasar malam oleh orang awam serta memperkemas kerja penyemakan dan pengesahan oleh pihak Warga MPKK.
“Kulim Bersih, Indah, Maju Dan Selamat”
Kulim Bandar Berdaya Huni: Pintar, Makmur Dan Damai.
MPKK Komited Untuk Memperkukuhkan Interaksi Dengan Komuniti Bagi Membina Kulim Sebagai Bandar Pintar, Bandar Makmur Dan Bandar Damai.
Kami Komited Bagi Mencapai Visi Dan Misi Majlis Melalui Pendekatan Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Penambahbaikan Yang Berterusan, Profesionalisma Kerja Yang Tinggi Serta Mematuhi Undang-Undang, Peraturan Dan Dasar-Dasar Majlis Dalam Usaha Memberi Perkhidmatan Yang Terbaik Kepada Semua Pelanggan Pada Setiap Masa.
Majlis Perbandaran Kulim, No 1, Lebuh Bandar 2, Bandar Putra, 09000 Kulim, Kedah, MALAYSIA
04-4325225 | info@mpkk.gov.my
Waktu Operasi: Ahad - Rabu, 8:00 pagi - 5:00 petang · Khamis, 8:00 pagi - 3:30 petang · Jumaat & Sabtu: Tutup
04-4325225 (Ahad - Rabu, 8:00 pagi - 5:00 petang; Khamis, 8:00 pagi - 3:30 petang)
Ahad - Rabu: 8:00 pagi - 5:00 petang
Khamis: 8:00 pagi - 3:30 petang
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: Tutup
Belum ada akaun? Daftar Akaun
Sudah ada akaun? Log Masuk
Masukkan emel yang anda daftarkan. Kami akan menghantar pautan untuk menetapkan kata laluan baharu. Pautan sah selama 60 minit.
Akaun Warga MPKK (pentadbir) tidak boleh ditetapkan semula di sini. Sila hubungi pentadbir sistem.
Menyemak pautan...
Log masuk diperlukan apabila anda memilih pasar malam untuk memohon tapak.
A ) LESEN
1. Peniaga hendaklah mempunyai lesen yang sah yang dikeluarkan oleh pihak Majlis.
2. Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan semasa menjalankan peniagaan.
3. Peniagaan yang dijalankan hanya berdasarkan lesen yang dilulukan sahaja.
4. Peniaga hendaklah memetuhi apa-apa arahan rasmi, perkeliling dan arahan lisan semasa yang dikeluarkan oleh pihak Majlis atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pihak Majlis
5. Peniaga adalah DILARANG sama sekali menyewa atau memberi kebenaran kepada orang lain mengunakan lesen tersebut bagi tujuan peniagaan atau tujuan lain.
6. Peniaga yang menhentikan peniagaan hendaklah memaklumkan kepada pihak Majlis secara bertulis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh berhenti berniaga.
7. Mana-mana peniaga adalah DILARANG membuat binaan sementara/kekal di tapak perniagaan.
8. Setiap lesen boleh dibatalkan bila-bila masa jika melanggar mana-mana peruntukan undang-undang.
9. Pihak Majlis berhak membuat lawata/pemeriksaan pada bila-bila masa bagi apa-apa tujuan yang dianggap munasabah.
10. Peniaga adalah DILARANG menjalankan perniaggan melebihi tapak yang dibenarkan.
11. Peniaga hendaklah mematuhi undang-undang kecil dan dasar Majlis dari semasa ke semasa.
12. Petak tidak boleh disewa, dijual atau dipindah milik kepada peniaga yang lain tanpa kebenaran pihak Majlis
B ) PENGENDALI MAKANAN
1. Peniaga dan semua pekerja hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan suntikan TY2 daripada pegawai perubatan sahaja.
2. Peniaga dan semua pekerja hendaklah menhadiri kursus Pengendaliaan Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
3. Peniaga dan semua pekerja perlu berpakaian bersih, berseluar panjang, memekai apron, penutup kepala dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri pada setiap masa.
4. Peniaga atau pekerja adalah tidak dibenarkan mengenali makanan sekiranya tidak sihat, mempunyai simtom sakit/penyakit
C ) KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN TEMPAT PERNIAGAAN
1. Peniaga hendaklah menyediakan tong sampah yang sesuai, bertutup dan membershkan apa jua jenis sampah perniagaan dikawasan sekitarnya.
2. DILARANG meninggalkan sampah ditempat perniagan dan memastikan tempat perniagaan sentiasa bersih selepas menjalankan perniagaan.
3. DILARANG meninggalkan apa-apa jenis peralatan perniagaan ditapak tersebut, peralatan perniagaan akan disitar oleh pihak Majlis.
4. DILARANG membuang apa-apa jenis dari sisa-sisa bahan perniagaan ke dalam longkang atau diatas mana-mana tempat awam lain.
D ) AKTIVITI PERNIAGAAN
1. Peniaga hendaklah membayar sewa RM5.00 bagi setiap tapak.
2. Waktu perniagaan adalah sebagai mana ditetapkan oleh Majlis :-
PASAR HARIAN : jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
PASAR MALAM : jam 4.00 petang hingga 11.00 malam
3. Bagi peniaga makanan, hendaklah mematuhi syarat tambahan :-
i. Dapur masak terhad kepada 2 unit sahaja dan diletak dibelakang kereta
ii. Kawasan dapur masak mestilah dialas agar tidak merosakkan permukaan petak
iii. Menggunakan pembungkusan makanan yang selamat
4. Bagi peniaga bahan mentah, hendaklah mematuhi syarat tambahan :-
i. Peniaga ikan mestilah memastikan tiada sisa-sisa ikan seperti sisik ikan, najis ikan, darah ikan atau kotoran daripada ikan berada di permukaan petak atau didalam longkang selepas menjalankan perniagaan. (SILA GUNAKAN ALAS / PELAPIK YANG BERSESUAIAN DIRUANG MEMOTONG / MENYIANG IKAN)
ii. Peniaga sayur-sayuran / buah-buahan, mestilah memastikan tiada sisa sayur-sayuran atau kotak buah-buahan berada diatas permukaan petak.
5. Peniaga dilarang meletakkan kenderaan didalam petak, hanya peralatan perniagaan sahaja dibenarkan.
6. Peniaga hanya dibenarkan menggunakan khemah 10 x 10 untuk 1 PETAK. (payung dan penggunaan khemah bertali (KAIN TARPAN) tidak dibenarkan).
7. Peniaga digalakkan mepamerkan 'TANDA HARGA' bagi setiap barangan yang djual.
8. Peniaga digalakkan menjalankan peniagaan melalui kaedah penbayaran tanpa tunai (TnG eWallet, Duit Now dan Boost).
*Keputusan pemohonan akan dihantar melalui e-mel anda
Klik nama pasar malam untuk lihat semua maklumat permohonan.
| Bil. | Nama Pasar Malam Dipohon | Tarikh Mohon | Sah Sehingga | Status | Tindakan |
|---|
| BIL. | NAMA PENUH | JENIS PERNIAGAAN | TARIKH DIHANTAR | STATUS |
|---|
| BIL. | NAMA PENUH | PASAR MALAM | BIL. TAPAK | TARIKH MOHON | SAH SEHINGGA | STATUS |
|---|
Semua pasar malam yang berdaftar dalam sistem boleh Buang (padam) jika pasar malam tidak lagi diperlukan.
Semua pengguna yang telah melengkapkan Maklumat Pemohon berserta status pengesahan (Disahkan / Ditolak / Menunggu). Klik nama untuk lihat maklumat penuh.
| BIL. | NAMA PENUH | TARIKH DIHANTAR | STATUS |
|---|
Maklumat Pemohon Dan Tapak Dipohon. Klik nama untuk lihat maklumat penuh.
| BIL. | NAMA PENUH | PASAR MALAM | TARIKH MOHON | SAH SEHINGGA | STATUS |
|---|