Dasar Privasi

Komitmen kami terhadap perlindungan dan kerahsiaan maklumat peribadi anda.

1. Pengenalan

Selamat datang ke Portal Tadika Tilmiz Genius. Kami menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi kanak-kanak, ibu bapa/penjaga serta pengajar mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

2. Maklumat Yang Kami Kumpul

Bagi membolehkan sistem portal berfungsi dengan berkesan, kami mengumpul maklumat berikut:

  • Maklumat Murid: Nama penuh, nombor kad pengenalan (MyKid), peringkat umur dan rekod prestasi jawapan latihan.
  • Maklumat Guru: Nama guru, emel rasmi serta log aktiviti pengurusan modul soalan.

3. Penggunaan Maklumat

Maklumat yang dikumpul hanya digunakan untuk tujuan-tujuan berikut sahaja:

  • Menguruskan pendaftaran dan sesi portal latihan interaktif mengikut kelas murid.
  • Menilai dan merekodkan keputusan serta pencapaian murid bagi pemantauan ibu bapa dan guru.
  • Memastikan keselamatan sistem portal daripada sebarang pencerobohan tidak sah.

4. Kerahsiaan & Perlindungan Data

Pihak Tadika Tilmiz Genius tidak akan sekali-kali menjual, menyewa atau memindahkan maklumat peribadi pengguna kepada pihak ketiga tanpa kebenaran rasmi anda. Semua maklumat disimpan secara teratur di dalam pangkalan data yang dilindungi secara teknikal.

5. Hak Akses & Kemaskini Maklumat

Ibu bapa/penjaga dan pengajar berhak untuk meminta semakan atau kemaskini data peribadi jika terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau berubah.

6. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi pihak pengurusan kami:

Maklumat Perhubungan

Pihak Pengurusan Tadika Tilmiz Genius

Telefon: 013 - 432 8373

Emel: tadikatilmizgenius@gmail.com

Alamat: Lorong Selasih 6 1a, Bandar Putra, 09000 Kulim, Kedah